Pages

12 CARA MEMBAHAGIAKAN SUAMI DALAM HUBUNGAN INTIM

MaleHerbs




Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya.
Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk 'bersama'.

2) Menghias Diri
Apabila ingin 'bersama', isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk 'bersama'. Oleh itu, sebelum 'bersama', mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum 'bersama', rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk 'bersama' dengan anda.

4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah antara aktiviti permulaan untuk 'bersama'. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.
Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif.

0 comments:

Post a Comment